Friday 9 September 2011

Sejarah Baka Ayam Serama Keturunan (Bloodline) Lang

Baka ayam serama keturunan (Bloodline) Lang diasaskan oleh serorang peminat dari Alor Gajah, Melaka yang bernama En. Rahman Bin Yaacob ataupun biasa dengan panggilan Rahman persona. Beliau sebenarnya berasal dari Johor Bahru dan merupakan peminat awal ayam serama di selatan tanah air iaitu ketika zaman kemuncak hobi ayam serama era 90an. Pada tahun 2001, beliau dilantik menjadi bendahari Persatuan Peminat Ayam Serama Negeri Johor (Serama Johor) yang ditubuhkan di Kangkar  Tebrau, Johor Bahru. Serama Johor begitu aktif menjalankan aktiviti bagi peminat ayam serama termasuklah penganjuran pertandingan, khusus pengadilan dan penjagaan kesihatan ayam serama.
   Bloodline Lang ini bermula dengan seekor ayam serama merah (kubing) jantan yang dibeli En. Rahman dari seorang peminat bernama Cikgu Saufi dari Tumpat, Kelantan dan diuruskan oleh sahabat beliau yang bernama Nik Ridwan pada tahun 2006. En. Rahman telah memberikan nama ayam tersebut sebagai Lang Merah setelah melihat mata ayam tersebut seolah-olah mata seekor burung helang, malangnya asal usul keturunan (Bloodline) Lang Merah tidak dapat dipastikan oleh penjualnya. Setelah En. Rahman memperolehi Lang Merah, ia telah melakar banyak kejayaan dalam pertandingan ayam serama sekitar tahun (2006-2008). Peka dengan potensi Lang Merah sebagai bakal stud atau pembaka yang baik suatu hari. En. Rahman terus mula mengacukan Lang Merah dengan beberapa ekor ayam serama betina yang di hasilkannya sendiri dan beberapa ekor lagi ayam  betina keturunan (Bloodline) lain yang dibelinya ketika itu untuk mewarisi kejayaan Lang Merah. Pada awalnya semua anak-anak ayam yang di hasilkan Lang Merah serba tidak menjadi dan boleh di anggap gagal dalam proses mengeluarkan anak Lang Merah yang berkualiti. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya En. Rahman berjaya dengan seekor ayam serama betina yang dikeluarkannya sendiri hasil daripada ayam serama keturunan  (Bloodline) Hussin X Nik Rasihd yang telah melahirkan anak-anak ayam berkualiti pertandingan. Selepas itu ayam serama betina itu terus dinamakan Lang Permaisuri oleh En.Rahman yang gembira dengan anak-anak ayam dihasilkannya.
   Lang Persona, Lang Perkasa, Lang Kubing dan Lang Cemeh adalah anak hasil daripada kacukan (Lang Merah X Lang Permaisuri). En. Rahman hanya menyimpan Lang Persona dan adik-adik betinanya. Adik- beradik jantan kepada Lang Persona iaitu Lang Perkasa, Lang Kubing dan Lang Cemeh telah dijual kepada sahabat - sahabat beliau, Lang Pekasa telah dijual kepada abang Khalid dari Melaka dan banyak kejayaan dicapainya dari ketegori anak B sehingga A, Lang Kubing dijual kepada sahabat lama beliau iaitu Dr. Azhar Kasim (Pengsyarah di UPM Serdang), Lang Kubing khabarnya  dijadikan salah seekor bapa untuk kajian Dr. Azhar terhadap ayam serama, manakala Lang Cemeh telah dijual kepada seorang peminat dari Taiping, Perak iaitu En. Azizi dan ayamnya hanya sekadar pembaka direbannya tetapi telah mengeluarkan beberapa nama besar dalam keturunan (Bloodline) Lang. Lang Pesona pula aktif bertanding dan mengikut jejak bapanya Lang Merah dan telah memenangi beberapa pertadingan di sekitar negara dan antara kejayaan yang paling besarnya ialah menjadi juara antara juara di pertandingan ayam serama Port Dickson, Negeri Sembilan pada tahun 2009. Selepas Lang Merah bersara dari menjadi pembaka  reban En. Rahman, Lang Persona dan Lang Cemah mewarisi kejayaan bapanya untuk mengluarkan anak-anak berkualiti tinggi. Bermula dengan Lang Persona, En.Rahman mengacukannya dengan dengan teknik inbreed bersama betina-betina seibu dan sebapa dengan Lang Persona untuk menghasilkan anak-anak ayam yang mempunyai ciri-ciri tertentu.Selepas itu, anak-anak ayam dihasilkan Lang Persona pula melakar kejayaan dipentas pertandingan sekitar negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Pemilik Lang Cemeh, En. Azizi juga tidak kurang hebatnya dengan membeli anak-anak Lang Persona dan mengacukannya dengan Lang Cemeh juga secara inbreed membawa hasil dengan anak-anak berpotensi tinggi.
   Mengikut sumber cerita-cerita beberapa orang kawan-kawannya dan juga Facebook, Bloodline Lang telah menembusi negara jiran yang sedang rancak dengan minat hobi ayam serama iaitu Indonesia.

No comments:

Post a Comment