Thursday 8 December 2011

Terima kasih…

Ssh ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang dari juah mahupun dekat kerana sudi membeli ayam yang tak seberapa dari Ssh, diharapkan anda akan berjaya dalam breeding anda nanti. Dan jika ada kelemahan pada anak-anak ayam nanti jangan lupa rujuk balik kepada Ssh dan sama-sama kita memperbaikinya. Ayam dalam reban Ssh terpaksa dikurangkan untuk memberi ruang kepada anak-anak ayam yang akan membesar nanti. Banyak telur-telur ayam telah menetas di reban Ssh antaranya dari bloodline Lang dan Lanun. Antaranya anak dari Lang Tuah dan Somalia. Dalam breeding pertama seperti yang dirancang, Ssh akan hanya kacuk ayam-ayam dari bloodline asal dahulu (Lang x Lang) dan (Lanun x Lanun). Akan Ssh postkan gambar kedua bloodline anak-anak ayam ini dalam post yang akan datang jika anak-anak ayam ini berjaya hidup dan membesar.

Monday 14 November 2011

Transfomasi bloodline Lanun Ssh dari masa ke masa...

 Hari pertama tiba di reban Ssh. Ayam ini dibeli terus dari Baharom semasa bon KL yang lalu oleh penjualnya tetapi katanya dah tidak cantik ayam ni hanya untuk buat baka sahaja. Ssh namakan ayam jantan ini Lanun Somalia. Pada masa itu kawan Ssh datang melihat ayam ini dan katanya RM 50 pun dia tak nak beli ayam ini nyaris hancur hati Ssh masa tu.....
 Sesi latihan diberikan kepada Somalia dengan bantuan sekor pembantu.......
 Somalia dah mula bergaya sikit-sikit.........
 Somalia dah boleh bergaya tanpa pembantunya......
 Somalia mula dah tarik sikit-sikit tetapi tak lekat.............
 Wajah Somalia masuk muda......
 Somalia dah nampak perangai atas meja.........
 Somalia beraksi..............
 Gaya somalia ketika di usik dalam sangkarnya.....................
 Satu lagi gambar Somalia yang sayapnya menghala ke hadapan................
Gambar Somalia ketika berehat selepas latihan, seorang lagi kawan Ssh datang melihat Somalia dan katanya dia pernah ditawarkan ayam yang lebih kurang sebergitu rupa oleh penjualnya dengan RM7k. Jadi kepada sesiapa yang mendapat ayam yang kurang cantik jangan putus asa terlalu awal asalkan anda tahu bloodlinenya dan jika ayam tak jadi pun masih boleh buat baka lagi selagi kita tahu asal usulnya. Somalia akan menjadi aset terpenting dalam bloodline Lanun Ssh untuk menurunkan anak bloodline Lanun berkualiti................

Thursday 10 November 2011

Kisah Bloodline Lanun...



Bloodline Lanun adalah antara bloodline atau baka yang menjadi pilihan kegemaran Ssh, ia diasaskan oleh seorang peminat yang bernama Baharom dari Terengganu. Menurut cerita nama Lanun ini diberikan keatas sekor ayam jantan yang berbalung besar sehingga jatuh menutup sebelah matanya dan sering kali mematuk pemilik ataupun pelawat yang mengunjunginya. Dengan hasil RND yang dilakukan oleh pengasasnya dari generasi ke generasi, bloodline Lanun hari ini sudah pun halus balungnya. Bloodline Lanun ini telah banyak kali terbukti di meja pertandingan disekitar tanah air. Antara ciri-ciri yang terdapat pada bloodline Lanun ini adalah ayam yang cutting tinggi, berdada dan mempunyai gaya yang cukup hebat diatas meja..... (Diatas adalah contoh cutting ayam-ayam dari bloodline Lanun yang sempat Ssh carikan untuk dikongsi bersama anda sekian terima kasih).............   

Tuesday 1 November 2011

Senarai ayam-ayam bloodline Lang dalam reban Ssh

 Gambar ayam jantan diatas adalah Lang Tuah. Haha macam ayam yang nak tunggu sembelihkan? Jangan memperkecilkan ayam ini walaupun ayam ini ayam reject dari bloodline Lang tetapi ia telah menjelajah ke empat buah negeri Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan akhirnya Pulau Pinang sebelum Ssh dapatkan dari kawan . Untuk pengetahuan anda ini adalah satu-satunya anak ( Lang Pesona X Lang Warisan) batch terakhir keluaran En. Rahman. Sama-sama kita lihat anaknya nanti !
Ayam betina ini Ssh namakan Lang Anggun  (Lang Persona X Lang Warisan) adik kepada Lang Tuah juga ketibaan baru reban Ssh......
 Yang ini pula Ssh namakan Lang Bayu (Lang Cemeh X Lang Sutera) sama seperti L4 dan adiknya tetapi dari batch terdahulu juga ketibaan baru reban Ssh........
 Dan yang diatas ini Ssh namakan Lang Ceria (Lang Cemeh X anak betina Lang Cemeh X Lang Sutera) satu-satunya anak generasi Ke-4 bloodline Lang yang tulin, juga ketibaan baru...........
 Ini pula Lang Dahlia  (Lang Cemeh X Lang Sutera) adik betina sesarang kepada L4 ayam sedia ada di reban Ssh.....
Dan yang akhir sekali gambar diatas adalah Lang Elite  (Lang Cemeh X Lang Sutera) juga adik betina sesarang kepada L4..........

Monday 31 October 2011

Geng kumpulan bloodline Lang kini kembali ceria dalam reban Ssh…

Masih sedih dan menyesal dengan kehilangan L4, reban Ssh kembali ceria dengan pendatang baru yang mewakili Bloodline Lang yang dilepaskan oleh kawan Ssh, Ssh sempat mendapatkan seekor pembaka dan tiga ekor induk dari Blooline Lang yang tulin untuk tujuan penurunan benih ataupun mendapatkan anak tulin dari Bloodline Lang yang amat terhad ini. Jadi sekarang reban Ssh mempunyai seekor jantan pembaka dan lima ekor induk termasuk dua ekor adik betina L4. Harap-haraplah dengan adanya ayam-ayam baru dan sedia ada ini,Ssh akan mengeluarkan anak ayam yang cantik seperti L4 ataupun kata orang Terengganu tubik anok ayam comel seperti L4… huhu!

Monday 24 October 2011

Lang Empat (L4) R.I.P


Kali pertama Ssh melihat L4, adik-adik betina dan Ibunya dirumah pakcik Azmi.........

Yang paling depan sekali ialah L4 yang sangat mencuri tumpuan Ssh selepas sehari membawanya pulang.
Kali pertama dibawa keluar dari reban dan diasingkan dari adik-adik betina L4
Selepas dua minggu L4 diasingkan dari adik-adik betinanya............
Gambar yang menyedihkan.......................




Ayam kesayangan dan kebanggaan Ssh Lang Empat (L4) telah pergi buat selamanya akibat terlebih jemur selepas dimandikan, satu pengalaman yang paling pahit  bagi  Ssh setakat ini dalam hobi memelihara ayam serama.  Ssh sebenarnya bercadang untuk memasukan L4 menyertai Bon Permatang Buloh (Penang) pada hari Sabtu yang lalu tetapi hasrat Ssh tidak kesampaian akibat kecuaian sendiri. Bagi sesiapa yang menjemur ayam selepas dimandikan Ssh menasihati anda supaya mengawasi ayam anda sekerap yang mungkin walaupun air minuman disediakan untuk ayam. Inilah pengalaman yang Ssh lalui dan Ssh berharap ianya tidak berulang lagi . * Di atas adalah gambar kenangan L4 dari anak ayam berusia 3 minggu hingga ia mati 2 hari yang lalu..............




Friday 21 October 2011

Sedikit gambar yang diambil dari Bon Besar Tebengau, Kedah

 Gambar dari pintu masuk Bon Tebengau, cuaca yang panas terik sesuai untuk menganjurkan pertandingan ayam serama.......
 Gambar diatas ini pula gambar dalam kem pertandingan yang rata-rata perserta membawa ayam yang hebat untuk bon ini, dengar cerita ayam dari bloodline Samilah yang mengegarkan Bon Tebengau ini.......
Ini pula gambar seorang otai serama dari negeri Terengganu bernama Amran Ekzos yang membawa ayam dari bloodline Submarinnya untuk mencuba nasib di bon kali ini, katanya dia telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air untuk menyertai pertandingan ayam serama. Walaupun Ssh tidak berapa faham dengan dialek Terengganunya, tetapi Ssh telah sembang melebihi satu jam dengan beliau dan gengnya dari Terengganu. Akhirnya Ssh telah mendapatkan beberapa ekor ayam bloodline Submarin dari Amran Ekzos untuk tujuan dikacukan dengan Submarin Cikgu Lah.........

Wednesday 19 October 2011

Bloodline asal VS Bloodline campur part 2…

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa dengan cara mencampurkan ayam dari asal-usul berlainan atau outcross boleh membawakan hasil yang lebih cepat untuk menghasilkan ayam yang lebih cantik kerana tiada had atau halangan untuk kita memilih pasangan ayam yang hendak dikacukan. Seperti juga ayam serama yang berasal dari campuran berbagai jenis ayam baka Bantam dan juga ayam Hutan. Bloodline-bloodline ayam serama yang ada hari ini juga terhasil dari campuran diantara ayam serama yang berlainan ciri-ciri rupa bentuk. Tetapi kuncinya adakah kita mengetahui asas ciri- ciri ayam yang hendak dioutcross atau dicampurkan dan banyak juga ayam yang keluar dari hasil outcross yang mengecewakan. Bagi pendapat Ssh, jika anda ingin melakukan breeding ayam secara teratur dan stabil rupa bentuknya tanpa membuang masa melakukan RND diperingkat awal, Ssh mengesyorkan anda lebih baik mendapatkan ayam serama dari breeder yang mempunyai reputasi mengekalkan ciri-ciri dan rupa bentuk ayam yang anda kehendaki ataupun mendapatkan bloodline atau baka asal ayam yang anda minati supaya hasil breeding kelak lebih sesuai dan terjamin kerana ianya sudah terbukti oleh breeder terdahulu. Dan jikalau anda hanya berminat untuk memasuki pertandingan  dan tidak bercadang untuk breeding, anda hanya perlu mencari ayam yang memenuhi speksifikasi pertandingan tanpa mengira asal usulnya dan biasanya ayam berkualiti tanding lebih mahal dari ayam yang berkualiti pembaka sahaja.

Monday 10 October 2011

Bloodline asal VS Bloodline campur Part 1 …

Setelah banyak melawat reban-reban yang terkenal di sekitar utara, Ssh sempat bertanyakan pendapat para breeder-breeder ayam serama yang berpengalaman dan juga terkenal mengenai kepentingan ketulinan sesuatu bloodline atau baka, semua breeder mempunyai pandangan dan cara berbeza terhadap breeding ayam serama. Ada yang mengutamakan kecantikan fizikal rupa bentuk ayam tidak kira bloodline atau baka dikacukan dengan harapan
untuk mendapatkan anak ayam yang lebih cantik dari ayam terdahulu, ada yang juga mengekalkan bloodline asal dari breeder terdahulu atau pun percakapan orang utara (orang yang main baka asal) dan banyak lagi teknik- teknik yang berlainan. Kesemua teknik tesebut berjaya menghasilkan anak ayam yang cantik. Jadi dalam breeding ayam serama ini memang tiada had untuk kita mencuba sesuatu yang baru lain dari yang lain, bagi Ssh, dengan mengekal bloodline atau baka yang tulin terlebih dahulu lebih systematic dari mengacuk sesuatu ayam yang tidak diketahui asal usulnya. Kita akan lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan sesuatu bloodline atau baka sebelum dioutcross pada generasi seterusnya . Di samping itu kita lebih memahami ciri-ciri yang ada pada sesuatu bloodline asal. Setakat ini Ssh telah menyimpan beberapa koleksi bloodline atau baka asal seperti Lang, Lanun, Submarin, Perahu Siam Dan juga rinting yang stabil warnanya untuk kajian ataupun R&D setiap bloodline asal sebelum outcross ataupun dikacuk dengan bloodline lain. Setiap bloodline simpanan Ssh mempunyai pembaka dan induk yang tulin untuk tujuan inbreed dan di samping itu juga Ssh menyimpan bloodline yang 50% dari bloodline asal dan sebelah 50% lagi dari bloodline yang tedekat atau mempunyai kaitan asal-usul.

Friday 7 October 2011

Antara ayam lagenda dari bloodline Yellow Submarin

Gambar yang teratas adalah gambar ayam asal Yellow Submarin dan gambar di bawahnya adalah Sri Palas dan kedua-duanya adalah dari bloodline Yellow Submarin yang pernah banyak kali menjadi juara.........

Monday 3 October 2011

Gambar Lang Empat dari Bloodline Lang yang Tulin..............

 Gambar diatas adalah gambar sebelum dimandikan...................
Dan gambar diatas ini pula selepas dua minggu yang telah dimandikan......

Gambar gambar ayam Bloodline Yellow Submarin di rumah reban Cikgu Lah

 Cikgu Lah memperkenalkan Ssh dengan pembaka rebannya iaitu adik kepada Yellow Submarin dan juga bapa kepada Sri Palas
 Satu lagi gambar yang lebih dekat pembaka reban Cikgu Lah yang masih belum diberi nama.......


3 gambar induk di atas adalah induk reban Cikgu Lah yang merupakan anak kepada pembaka diatas dan juga induk yang berasal dari Yah. Untuk pengetahuan anda Ssh sempat membeli anak dari setiap induk diatas yang dikacukan dengan hanya bapa pembaka Cikgu Lah yang merupakan adik kepada Yellow Submarin...................

Cerita Yellow Submarin part 2

Tidak lama selepas Ah Long membeli Submarin datang pula seorang peminat serious dari negeri Kelantan yang bernama Pak Soh untuk membida Submarin ketika Ah Long mempamerkan ayam itu di atas meja pada suatu pagi. Setelah habis tawar menawar akhirnya Submarin telah berjaya di bida oleh Pak Soh dengan harga yang lebih tinggi dan membawanya pulang ke negeri Kelantan. Mengikut cerita sebaik sahaja Pak Soh membawa Submarin pulang ke rumah, dia terus mempertandingkan Submarin pada keesokan hari dan berjaya menjadi juara di sebuah pertandingan di negeri Kelantan. Dan pada ketika itu juga seorang peminat yang bernama Dr Zul sangat mengambil perhatian terhadap Submarin dan terus menawarkan harga yang sangat tinggi untuk mendapatkan Submarin. Dr Zul akhirnya telah membeli Submarin dan dari situ ayam kuning ini dinamakan Yellow Submarin oleh Dr Zul. Dr Zul juga sangat aktif mempertandingkan Submarin dan banyak kejayaan diperolehinya melalui Submarin. Submarin telah berjaya mencuri tumpuan peminat ayam serama di seluruh Malaysia ketika itu. Setelah Dr Zul meninggal dunia, Submarin pun telah dibeli oleh Kuzai group dan akhir seorang peminat dari Negeri Kedah pula membelinya dari Kuzai Group. Itulah cerita Yellow Submarin yang sempat Ssh postkan untuk tatapan anda, diharapkan bloodline ini akan berkembang lebih maju lagi di masa hadapan. Sekian terima kasih!!!

Wednesday 28 September 2011

Gambar Bapa asal kepada Ayam Yellow Submarin..........


Gambar ini adalah gambar kepada bapa Yellow Submarin dan juga bapa kepada semua bloodline Submarin yang ada hari ini kepunyaan Yah dari Terengganu, menurut Pak Syed ayam ini diberi nama Enam Jahanam oleh tuannya, Ssh ingin meminta maaf kerana kualiti gambar kurang jelas dan ini sahaja gambar yang Ssh dapat.

Tuesday 27 September 2011

Cerita Yellow Submarin Part 1

Pada hari raya kelima yang lalu, Ssh dan kawan pergi ke Bandar Alor Setar untuk tujuan mendapatkan baka ayam serama bloodline Yellow Submarin yang tulin setelah mendapat tahu selain dari negeri Terengganu, Negeri Kedahlah yang banyak menyimpan bloodline asal Submarin dan orang pertama yang sempat Ssh bertemu adalah Cikgu Lah (Vistana) yang terkenal dengan ayam submarinnya yang bernama Sri Palas rekod 5x Botb tahun 2011 sebelum ayam ini berpindah ke Indonesia. Apabila tiba dia rumah Cikgu Lah, dia terus memperkenalkan Ssh kepada bapa Sri Palas iaitu juga adik sebapa dan seibu kepada Submarin, menurutnya hanya ada empat ekor ayam yang sebapa dan seibu dengan ayam submarin asal. Tiga daripada adik kandungnya milik peminat dari Kedah termasuk Cikgu Lah dan satu lagi di simpan tuan asal pengasas bloodline Submarin di Terengganu. Ssh sempat mendapat 5 ekor anak ayam dari Cikgu Lah yang juga hanya menyimpan bloodline Submarin dan hanya dua ekor dari bloodline lain untuk tujuan outcross! Selepas itu Cikgu Lah turut membawa Ssh melawat reban kawannya iaitu saudara Wan Jalan Day yang sudah berjaya dengan bloodline Aranya yang tersendiri dan selepas itu juga Ssh sempat melawat seorang otai serama yang bernama Pak Syed. Ketika bertemu Pak Syed, dia telah menceritakan banyak kisah lampau mengenai bloodline Submarin ini, kata Pak Syed pada mulanya, ayam submarin ini hanya ditawarkan dengan harga Rm700 sahaja selepas mendapat tempat ke-2 di sebuah pertandingan di Bandar Sungai Petani oleh pengasasnya iaitu Yah (Zakaria Mohd) yang ingin menjualnya sebelum pulang ke Terengganu tetapi tiada pembeli yang sunggup membelinya ketika itu, akhirnya Pak Syed berjaya mencari seorang pembeli berbangsa cina yang bernama Ah Long yang membayar Rm700 untuk membelinya.  (Akan bersambung ! Untuk pengetahuan anda cerita dan fakta yellow submarin ini hanyalah cerita yang Ssh dengar dari otai serama yang Ssh rasa boleh di percayai dan bukan dari pengasas Bloodline Submarin, jika ada salah silap fakta yang menyingung perasaan  sesetengah pihak Ssh ingin meminta maaf secara terbuka..)

Anak betina Bloodline Lang

Ini adalah gambar adik-adik Lang Empat yang pertama kali dibawa keluar dari rebannya. Nampaknya semua anak-anak Bloodline Lang ini tidak mengecewakan bagi pendapat Ssh.......

Thursday 22 September 2011

Anak Bloodline Lang Ssh




Inilah salah seekor anak Lang Cemeh yang Ssh beli lebih sebulan lalu. Nampaknya hanya seekor jantan dari tiga ekor anak ayam yang Ssh dapat, dua lagi betina agaknya. Anak ayam jantan ini Ssh namakan Lang Empat kerana Ssh adalah orang keempat dari Lang Merah hingga ke anak ayam ini.......

Tuesday 13 September 2011

Lang Perkasa (R.I.P)

Lang Perkasa ini dimiliki oleh abang Khalid dari Melaka. Ayam jantan ini aktif bertanding sejak usia muda lagi dan pernah mendapat johan semenjak anak B lagi. Sayang sekali Lang Perkasa sudah pergi buat selamanya dan yang tinggal hanya gambarnya sahaja!

Lang Kubing

Inilah Lang Kubing milik Dr. Azhar ketika remaja. Salah satu daripada 4 ekor jantan daripada (Lang Merah X Lang Pemaisuri ). Khabarnya Lang Kubing telah menjadi salah seekor bapa untuk kajian Dr. Azhar terhadap ayam serama.

Monday 12 September 2011

Lang Cemeh

Inilah gambar Lang Cemeh yang dimiliki En. Azizi. Walaupun Lang Cemeh hanya pembaka di reban En. Azizi tetapi ia juga berupaya menghasilkan anak-anak ayam yang berkualiti. Antara anak-anak ayam yang terkenal adalah seperti berikut Lang Tepeng, Lang Bagan, Lang Tango dan banyak lagi...

Lang Persona dan Lang Warisan

 Gambar diatas adalah Lang Persona yang dimiliki oleh En.Rahman yang telah mengeluarkan hasil anak yang membanggakan. Antara anak nama besar dalam keturunan (Bloodline) Lang Persona ialah seperti berikut LangPuchong, Lang Setia, Lang Jaguh, Lang Impian (Pembaka sahaja), Lang Sejati, Lang Ara, Lang Bara dan Lang Piero. 
Lang Warisan merupakan adik sebapa dan seibu kepada Lang Persona dan ayam ini juga milik kepunyaan En. Rahman.

Friday 9 September 2011

Lang Merah dan Lang Pemaisuri


Gambar diatas adalah gambar Lang Merah dan Lang Pemaisuri yang merupakan ibu dan bapa kepada segala keturunan (Bloodline) Lang yang ada pada hari ini. Ia juga ibu dan bapa asal Lang Persona, Lang Perkasa, Lang Kubing dan Lang Cemeh.....