Tuesday 27 September 2011

Cerita Yellow Submarin Part 1

Pada hari raya kelima yang lalu, Ssh dan kawan pergi ke Bandar Alor Setar untuk tujuan mendapatkan baka ayam serama bloodline Yellow Submarin yang tulin setelah mendapat tahu selain dari negeri Terengganu, Negeri Kedahlah yang banyak menyimpan bloodline asal Submarin dan orang pertama yang sempat Ssh bertemu adalah Cikgu Lah (Vistana) yang terkenal dengan ayam submarinnya yang bernama Sri Palas rekod 5x Botb tahun 2011 sebelum ayam ini berpindah ke Indonesia. Apabila tiba dia rumah Cikgu Lah, dia terus memperkenalkan Ssh kepada bapa Sri Palas iaitu juga adik sebapa dan seibu kepada Submarin, menurutnya hanya ada empat ekor ayam yang sebapa dan seibu dengan ayam submarin asal. Tiga daripada adik kandungnya milik peminat dari Kedah termasuk Cikgu Lah dan satu lagi di simpan tuan asal pengasas bloodline Submarin di Terengganu. Ssh sempat mendapat 5 ekor anak ayam dari Cikgu Lah yang juga hanya menyimpan bloodline Submarin dan hanya dua ekor dari bloodline lain untuk tujuan outcross! Selepas itu Cikgu Lah turut membawa Ssh melawat reban kawannya iaitu saudara Wan Jalan Day yang sudah berjaya dengan bloodline Aranya yang tersendiri dan selepas itu juga Ssh sempat melawat seorang otai serama yang bernama Pak Syed. Ketika bertemu Pak Syed, dia telah menceritakan banyak kisah lampau mengenai bloodline Submarin ini, kata Pak Syed pada mulanya, ayam submarin ini hanya ditawarkan dengan harga Rm700 sahaja selepas mendapat tempat ke-2 di sebuah pertandingan di Bandar Sungai Petani oleh pengasasnya iaitu Yah (Zakaria Mohd) yang ingin menjualnya sebelum pulang ke Terengganu tetapi tiada pembeli yang sunggup membelinya ketika itu, akhirnya Pak Syed berjaya mencari seorang pembeli berbangsa cina yang bernama Ah Long yang membayar Rm700 untuk membelinya.  (Akan bersambung ! Untuk pengetahuan anda cerita dan fakta yellow submarin ini hanyalah cerita yang Ssh dengar dari otai serama yang Ssh rasa boleh di percayai dan bukan dari pengasas Bloodline Submarin, jika ada salah silap fakta yang menyingung perasaan  sesetengah pihak Ssh ingin meminta maaf secara terbuka..)

No comments:

Post a Comment