Sunday 10 June 2012

Proses upgrade Bloodline Lang...

Apa khabar kawan-kawan ayam serama! Dah lama Ssh tidak update blog Ssh.  Ya Ssh telah berhenti dan berehat buat seketika dalam membuat breeding ayam serama dan kebanyakan ayam-ayam serama telah Ssh jual untuk membuat pengstukturan semula reban Ssh. Sekarang hanya tinggal hanya beberapa ekor ayam dari Bloodline Lang yang asli yang di simpan untuk buat kajian upgrading. Kini Ssh ingin memulakan breeding ayam serama dengan bloodline Lang yang asal dan dikacuk dengan bloodline atau baka lain untuk mendapatkan apa yang di mahukan. Jadikan asas  ayam-ayam dari reban Ssh sekarang bermula  dengan bloodline Lang. Ssh juga mendapat persetujuan dengan pengasasnya iaitu En. Rahman yang memberi perlonggaran untuk Bloodline Lang mengacuk ayam Lang dengan ayam warna  lain dan tidak hanya tertumpu pada warna asalnya iaitu Ara atau Kubing sahaja asalkan ayam - ayam dimulakan dari Bloodline Lang yang asli dan juga mesti menyimpan Bloodline Lang yang asli untuk generasi akan datang. Di samping itu juga ia boleh menarik perhatian peminat yang tidak sukakan warna ara atau kubing untuk memiliki Bloodline Lang, jadi dimasa hadapan akan ada Lang kuning , Lang kelabu, Lang putih dan lain- lain warna....... Sekian Terima Kasih ! 

Thursday 8 December 2011

Terima kasih…

Ssh ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang dari juah mahupun dekat kerana sudi membeli ayam yang tak seberapa dari Ssh, diharapkan anda akan berjaya dalam breeding anda nanti. Dan jika ada kelemahan pada anak-anak ayam nanti jangan lupa rujuk balik kepada Ssh dan sama-sama kita memperbaikinya. Ayam dalam reban Ssh terpaksa dikurangkan untuk memberi ruang kepada anak-anak ayam yang akan membesar nanti. Banyak telur-telur ayam telah menetas di reban Ssh antaranya dari bloodline Lang dan Lanun. Antaranya anak dari Lang Tuah dan Somalia. Dalam breeding pertama seperti yang dirancang, Ssh akan hanya kacuk ayam-ayam dari bloodline asal dahulu (Lang x Lang) dan (Lanun x Lanun). Akan Ssh postkan gambar kedua bloodline anak-anak ayam ini dalam post yang akan datang jika anak-anak ayam ini berjaya hidup dan membesar.

Monday 14 November 2011

Transfomasi bloodline Lanun Ssh dari masa ke masa...

 Hari pertama tiba di reban Ssh. Ayam ini dibeli terus dari Baharom semasa bon KL yang lalu oleh penjualnya tetapi katanya dah tidak cantik ayam ni hanya untuk buat baka sahaja. Ssh namakan ayam jantan ini Lanun Somalia. Pada masa itu kawan Ssh datang melihat ayam ini dan katanya RM 50 pun dia tak nak beli ayam ini nyaris hancur hati Ssh masa tu.....
 Sesi latihan diberikan kepada Somalia dengan bantuan sekor pembantu.......
 Somalia dah mula bergaya sikit-sikit.........
 Somalia dah boleh bergaya tanpa pembantunya......
 Somalia mula dah tarik sikit-sikit tetapi tak lekat.............
 Wajah Somalia masuk muda......
 Somalia dah nampak perangai atas meja.........
 Somalia beraksi..............
 Gaya somalia ketika di usik dalam sangkarnya.....................
 Satu lagi gambar Somalia yang sayapnya menghala ke hadapan................
Gambar Somalia ketika berehat selepas latihan, seorang lagi kawan Ssh datang melihat Somalia dan katanya dia pernah ditawarkan ayam yang lebih kurang sebergitu rupa oleh penjualnya dengan RM7k. Jadi kepada sesiapa yang mendapat ayam yang kurang cantik jangan putus asa terlalu awal asalkan anda tahu bloodlinenya dan jika ayam tak jadi pun masih boleh buat baka lagi selagi kita tahu asal usulnya. Somalia akan menjadi aset terpenting dalam bloodline Lanun Ssh untuk menurunkan anak bloodline Lanun berkualiti................

Thursday 10 November 2011

Kisah Bloodline Lanun...



Bloodline Lanun adalah antara bloodline atau baka yang menjadi pilihan kegemaran Ssh, ia diasaskan oleh seorang peminat yang bernama Baharom dari Terengganu. Menurut cerita nama Lanun ini diberikan keatas sekor ayam jantan yang berbalung besar sehingga jatuh menutup sebelah matanya dan sering kali mematuk pemilik ataupun pelawat yang mengunjunginya. Dengan hasil RND yang dilakukan oleh pengasasnya dari generasi ke generasi, bloodline Lanun hari ini sudah pun halus balungnya. Bloodline Lanun ini telah banyak kali terbukti di meja pertandingan disekitar tanah air. Antara ciri-ciri yang terdapat pada bloodline Lanun ini adalah ayam yang cutting tinggi, berdada dan mempunyai gaya yang cukup hebat diatas meja..... (Diatas adalah contoh cutting ayam-ayam dari bloodline Lanun yang sempat Ssh carikan untuk dikongsi bersama anda sekian terima kasih).............   

Tuesday 1 November 2011

Senarai ayam-ayam bloodline Lang dalam reban Ssh

 Gambar ayam jantan diatas adalah Lang Tuah. Haha macam ayam yang nak tunggu sembelihkan? Jangan memperkecilkan ayam ini walaupun ayam ini ayam reject dari bloodline Lang tetapi ia telah menjelajah ke empat buah negeri Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan akhirnya Pulau Pinang sebelum Ssh dapatkan dari kawan . Untuk pengetahuan anda ini adalah satu-satunya anak ( Lang Pesona X Lang Warisan) batch terakhir keluaran En. Rahman. Sama-sama kita lihat anaknya nanti !
Ayam betina ini Ssh namakan Lang Anggun  (Lang Persona X Lang Warisan) adik kepada Lang Tuah juga ketibaan baru reban Ssh......
 Yang ini pula Ssh namakan Lang Bayu (Lang Cemeh X Lang Sutera) sama seperti L4 dan adiknya tetapi dari batch terdahulu juga ketibaan baru reban Ssh........
 Dan yang diatas ini Ssh namakan Lang Ceria (Lang Cemeh X anak betina Lang Cemeh X Lang Sutera) satu-satunya anak generasi Ke-4 bloodline Lang yang tulin, juga ketibaan baru...........
 Ini pula Lang Dahlia  (Lang Cemeh X Lang Sutera) adik betina sesarang kepada L4 ayam sedia ada di reban Ssh.....
Dan yang akhir sekali gambar diatas adalah Lang Elite  (Lang Cemeh X Lang Sutera) juga adik betina sesarang kepada L4..........

Monday 31 October 2011

Geng kumpulan bloodline Lang kini kembali ceria dalam reban Ssh…

Masih sedih dan menyesal dengan kehilangan L4, reban Ssh kembali ceria dengan pendatang baru yang mewakili Bloodline Lang yang dilepaskan oleh kawan Ssh, Ssh sempat mendapatkan seekor pembaka dan tiga ekor induk dari Blooline Lang yang tulin untuk tujuan penurunan benih ataupun mendapatkan anak tulin dari Bloodline Lang yang amat terhad ini. Jadi sekarang reban Ssh mempunyai seekor jantan pembaka dan lima ekor induk termasuk dua ekor adik betina L4. Harap-haraplah dengan adanya ayam-ayam baru dan sedia ada ini,Ssh akan mengeluarkan anak ayam yang cantik seperti L4 ataupun kata orang Terengganu tubik anok ayam comel seperti L4… huhu!

Monday 24 October 2011

Lang Empat (L4) R.I.P


Kali pertama Ssh melihat L4, adik-adik betina dan Ibunya dirumah pakcik Azmi.........

Yang paling depan sekali ialah L4 yang sangat mencuri tumpuan Ssh selepas sehari membawanya pulang.
Kali pertama dibawa keluar dari reban dan diasingkan dari adik-adik betina L4
Selepas dua minggu L4 diasingkan dari adik-adik betinanya............
Gambar yang menyedihkan.......................




Ayam kesayangan dan kebanggaan Ssh Lang Empat (L4) telah pergi buat selamanya akibat terlebih jemur selepas dimandikan, satu pengalaman yang paling pahit  bagi  Ssh setakat ini dalam hobi memelihara ayam serama.  Ssh sebenarnya bercadang untuk memasukan L4 menyertai Bon Permatang Buloh (Penang) pada hari Sabtu yang lalu tetapi hasrat Ssh tidak kesampaian akibat kecuaian sendiri. Bagi sesiapa yang menjemur ayam selepas dimandikan Ssh menasihati anda supaya mengawasi ayam anda sekerap yang mungkin walaupun air minuman disediakan untuk ayam. Inilah pengalaman yang Ssh lalui dan Ssh berharap ianya tidak berulang lagi . * Di atas adalah gambar kenangan L4 dari anak ayam berusia 3 minggu hingga ia mati 2 hari yang lalu..............