Ssh ialah peminat baru dalam dunia ayam serama . Blog Ssh bertujuan berkongsi pendapat dalam proses breeding yang mengutamakan jenis bloodline yang asli dari bekas juara dan di kacukan dengan saudara sendiri tanpa campuran dengan bloodline lain. Ia bertujuan mendapatkan keaslian dan ketulenan bloodline bekas juara pada generasi kedua . Sambil daripada itu ia juga dapat mengekalkan rupa bentuk warna ayam itu pada generasi akan datang!
Sunday, 10 June 2012
Proses upgrade Bloodline Lang...
Apa khabar kawan-kawan ayam serama! Dah lama Ssh tidak update blog Ssh. Ya Ssh telah berhenti dan berehat buat seketika dalam membuat breeding ayam serama dan kebanyakan ayam-ayam serama telah Ssh jual untuk membuat pengstukturan semula reban Ssh. Sekarang hanya tinggal hanya beberapa ekor ayam dari Bloodline Lang yang asli yang di simpan untuk buat kajian upgrading. Kini Ssh ingin memulakan breeding ayam serama dengan bloodline Lang yang asal dan dikacuk dengan bloodline atau baka lain untuk mendapatkan apa yang di mahukan. Jadikan asas ayam-ayam dari reban Ssh sekarang bermula dengan bloodline Lang. Ssh juga mendapat persetujuan dengan pengasasnya iaitu En. Rahman yang memberi perlonggaran untuk Bloodline Lang mengacuk ayam Lang dengan ayam warna lain dan tidak hanya tertumpu pada warna asalnya iaitu Ara atau Kubing sahaja asalkan ayam - ayam dimulakan dari Bloodline Lang yang asli dan juga mesti menyimpan Bloodline Lang yang asli untuk generasi akan datang. Di samping itu juga ia boleh menarik perhatian peminat yang tidak sukakan warna ara atau kubing untuk memiliki Bloodline Lang, jadi dimasa hadapan akan ada Lang kuning , Lang kelabu, Lang putih dan lain- lain warna....... Sekian Terima Kasih !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment