Monday 24 October 2011

Lang Empat (L4) R.I.P


Kali pertama Ssh melihat L4, adik-adik betina dan Ibunya dirumah pakcik Azmi.........

Yang paling depan sekali ialah L4 yang sangat mencuri tumpuan Ssh selepas sehari membawanya pulang.
Kali pertama dibawa keluar dari reban dan diasingkan dari adik-adik betina L4
Selepas dua minggu L4 diasingkan dari adik-adik betinanya............
Gambar yang menyedihkan.......................




Ayam kesayangan dan kebanggaan Ssh Lang Empat (L4) telah pergi buat selamanya akibat terlebih jemur selepas dimandikan, satu pengalaman yang paling pahit  bagi  Ssh setakat ini dalam hobi memelihara ayam serama.  Ssh sebenarnya bercadang untuk memasukan L4 menyertai Bon Permatang Buloh (Penang) pada hari Sabtu yang lalu tetapi hasrat Ssh tidak kesampaian akibat kecuaian sendiri. Bagi sesiapa yang menjemur ayam selepas dimandikan Ssh menasihati anda supaya mengawasi ayam anda sekerap yang mungkin walaupun air minuman disediakan untuk ayam. Inilah pengalaman yang Ssh lalui dan Ssh berharap ianya tidak berulang lagi . * Di atas adalah gambar kenangan L4 dari anak ayam berusia 3 minggu hingga ia mati 2 hari yang lalu..............




2 comments:

  1. same kes dgn SJD jugak..cuma yg sy belom sempat mati,tapi kaki dh krem smpai arini..huk..jadikan ini semua iktibar kpd kita utk lebih berwaspada lg dlm hobi serama ini -SJD

    ReplyDelete
  2. Hi bro! Tak sangka saya pernah bagi advised pada bro mengenai jemur ayam, tapi ayam saya pula yang kena kali ni…Memang saya dah mengambil pengajaran dari peristiwa bro sebab tu saya sediakan air minuman untuk ayam saya tetapi mati juga. Memang kena check ayam apabila jemur setiap masa!

    ReplyDelete