Ssh ialah peminat baru dalam dunia ayam serama . Blog Ssh bertujuan berkongsi pendapat dalam proses breeding yang mengutamakan jenis bloodline yang asli dari bekas juara dan di kacukan dengan saudara sendiri tanpa campuran dengan bloodline lain. Ia bertujuan mendapatkan keaslian dan ketulenan bloodline bekas juara pada generasi kedua . Sambil daripada itu ia juga dapat mengekalkan rupa bentuk warna ayam itu pada generasi akan datang!
Monday, 15 August 2011
Komen daripada saudara dialu-alukan!
Ssh akan postkan gambar pembaka asal Ssh sehingga ke setiap generasi yang akan datang, semua bloodline yang diperolehi adalah bloodline yang mempunyai pertalian darah yang terdekat dari adik beradik hingga bapa yang sama ibu berlainan. Selepas mendapatkan bloodline tersebut, kacukan secara inbreed akan di buat di reban Ssh dan jika terdapat kelemahan pada rupa bentuk anak ayam tersebut, teknik outcrossing kepada bloodline lain seawal-awalnya generasi ke-3 dan selepas itu Ssh akan kacuk balik kepada generasi asal untuk mengekalkan ketulenanya. Walaupun teknik ini mengambil masa yang panjang tetapi ia akan menstabilkan induk bloodline dalam reban Ssh.Ssh nak arah tuju bloodline yang di simpan dari kejayaan bloodline tesebut betul betul pureline atau keturunan tulen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment