Ssh ialah peminat baru dalam dunia ayam serama . Blog Ssh bertujuan berkongsi pendapat dalam proses breeding yang mengutamakan jenis bloodline yang asli dari bekas juara dan di kacukan dengan saudara sendiri tanpa campuran dengan bloodline lain. Ia bertujuan mendapatkan keaslian dan ketulenan bloodline bekas juara pada generasi kedua . Sambil daripada itu ia juga dapat mengekalkan rupa bentuk warna ayam itu pada generasi akan datang!
Monday, 31 October 2011
Geng kumpulan bloodline Lang kini kembali ceria dalam reban Ssh…
Masih sedih dan menyesal dengan kehilangan L4, reban Ssh kembali ceria dengan pendatang baru yang mewakili Bloodline Lang yang dilepaskan oleh kawan Ssh, Ssh sempat mendapatkan seekor pembaka dan tiga ekor induk dari Blooline Lang yang tulin untuk tujuan penurunan benih ataupun mendapatkan anak tulin dari Bloodline Lang yang amat terhad ini. Jadi sekarang reban Ssh mempunyai seekor jantan pembaka dan lima ekor induk termasuk dua ekor adik betina L4. Harap-haraplah dengan adanya ayam-ayam baru dan sedia ada ini,Ssh akan mengeluarkan anak ayam yang cantik seperti L4 ataupun kata orang Terengganu tubik anok ayam comel seperti L4… huhu!
Monday, 24 October 2011
Lang Empat (L4) R.I.P
Kali pertama Ssh melihat L4, adik-adik betina dan Ibunya dirumah pakcik Azmi.........
Yang paling depan sekali ialah L4 yang sangat mencuri tumpuan Ssh selepas sehari membawanya pulang.
Kali pertama dibawa keluar dari reban dan diasingkan dari adik-adik betina L4
Selepas dua minggu L4 diasingkan dari adik-adik betinanya............
Gambar yang menyedihkan.......................
Ayam kesayangan dan kebanggaan Ssh Lang Empat (L4) telah pergi buat selamanya akibat terlebih jemur selepas dimandikan, satu pengalaman yang paling pahit bagi Ssh setakat ini dalam hobi memelihara ayam serama. Ssh sebenarnya bercadang untuk memasukan L4 menyertai Bon Permatang Buloh (Penang) pada hari Sabtu yang lalu tetapi hasrat Ssh tidak kesampaian akibat kecuaian sendiri. Bagi sesiapa yang menjemur ayam selepas dimandikan Ssh menasihati anda supaya mengawasi ayam anda sekerap yang mungkin walaupun air minuman disediakan untuk ayam. Inilah pengalaman yang Ssh lalui dan Ssh berharap ianya tidak berulang lagi . * Di atas adalah gambar kenangan L4 dari anak ayam berusia 3 minggu hingga ia mati 2 hari yang lalu..............
Friday, 21 October 2011
Sedikit gambar yang diambil dari Bon Besar Tebengau, Kedah
Gambar dari pintu masuk Bon Tebengau, cuaca yang panas terik sesuai untuk menganjurkan pertandingan ayam serama.......
Gambar diatas ini pula gambar dalam kem pertandingan yang rata-rata perserta membawa ayam yang hebat untuk bon ini, dengar cerita ayam dari bloodline Samilah yang mengegarkan Bon Tebengau ini.......
Ini pula gambar seorang otai serama dari negeri Terengganu bernama Amran Ekzos yang membawa ayam dari bloodline Submarinnya untuk mencuba nasib di bon kali ini, katanya dia telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air untuk menyertai pertandingan ayam serama. Walaupun Ssh tidak berapa faham dengan dialek Terengganunya, tetapi Ssh telah sembang melebihi satu jam dengan beliau dan gengnya dari Terengganu. Akhirnya Ssh telah mendapatkan beberapa ekor ayam bloodline Submarin dari Amran Ekzos untuk tujuan dikacukan dengan Submarin Cikgu Lah.........

Wednesday, 19 October 2011
Bloodline asal VS Bloodline campur part 2…
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa dengan cara mencampurkan ayam dari asal-usul berlainan atau outcross boleh membawakan hasil yang lebih cepat untuk menghasilkan ayam yang lebih cantik kerana tiada had atau halangan untuk kita memilih pasangan ayam yang hendak dikacukan. Seperti juga ayam serama yang berasal dari campuran berbagai jenis ayam baka Bantam dan juga ayam Hutan. Bloodline-bloodline ayam serama yang ada hari ini juga terhasil dari campuran diantara ayam serama yang berlainan ciri-ciri rupa bentuk. Tetapi kuncinya adakah kita mengetahui asas ciri- ciri ayam yang hendak dioutcross atau dicampurkan dan banyak juga ayam yang keluar dari hasil outcross yang mengecewakan. Bagi pendapat Ssh, jika anda ingin melakukan breeding ayam secara teratur dan stabil rupa bentuknya tanpa membuang masa melakukan RND diperingkat awal, Ssh mengesyorkan anda lebih baik mendapatkan ayam serama dari breeder yang mempunyai reputasi mengekalkan ciri-ciri dan rupa bentuk ayam yang anda kehendaki ataupun mendapatkan bloodline atau baka asal ayam yang anda minati supaya hasil breeding kelak lebih sesuai dan terjamin kerana ianya sudah terbukti oleh breeder terdahulu. Dan jikalau anda hanya berminat untuk memasuki pertandingan dan tidak bercadang untuk breeding, anda hanya perlu mencari ayam yang memenuhi speksifikasi pertandingan tanpa mengira asal usulnya dan biasanya ayam berkualiti tanding lebih mahal dari ayam yang berkualiti pembaka sahaja.
Monday, 10 October 2011
Bloodline asal VS Bloodline campur Part 1 …
Setelah banyak melawat reban-reban yang terkenal di sekitar utara, Ssh sempat bertanyakan pendapat para breeder-breeder ayam serama yang berpengalaman dan juga terkenal mengenai kepentingan ketulinan sesuatu bloodline atau baka, semua breeder mempunyai pandangan dan cara berbeza terhadap breeding ayam serama. Ada yang mengutamakan kecantikan fizikal rupa bentuk ayam tidak kira bloodline atau baka dikacukan dengan harapan
untuk mendapatkan anak ayam yang lebih cantik dari ayam terdahulu, ada yang juga mengekalkan bloodline asal dari breeder terdahulu atau pun percakapan orang utara (orang yang main baka asal) dan banyak lagi teknik- teknik yang berlainan. Kesemua teknik tesebut berjaya menghasilkan anak ayam yang cantik. Jadi dalam breeding ayam serama ini memang tiada had untuk kita mencuba sesuatu yang baru lain dari yang lain, bagi Ssh, dengan mengekal bloodline atau baka yang tulin terlebih dahulu lebih systematic dari mengacuk sesuatu ayam yang tidak diketahui asal usulnya. Kita akan lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan sesuatu bloodline atau baka sebelum dioutcross pada generasi seterusnya . Di samping itu kita lebih memahami ciri-ciri yang ada pada sesuatu bloodline asal. Setakat ini Ssh telah menyimpan beberapa koleksi bloodline atau baka asal seperti Lang, Lanun, Submarin, Perahu Siam Dan juga rinting yang stabil warnanya untuk kajian ataupun R&D setiap bloodline asal sebelum outcross ataupun dikacuk dengan bloodline lain. Setiap bloodline simpanan Ssh mempunyai pembaka dan induk yang tulin untuk tujuan inbreed dan di samping itu juga Ssh menyimpan bloodline yang 50% dari bloodline asal dan sebelah 50% lagi dari bloodline yang tedekat atau mempunyai kaitan asal-usul.

Friday, 7 October 2011
Antara ayam lagenda dari bloodline Yellow Submarin
Gambar yang teratas adalah gambar ayam asal Yellow Submarin dan gambar di bawahnya adalah Sri Palas dan kedua-duanya adalah dari bloodline Yellow Submarin yang pernah banyak kali menjadi juara.........
Monday, 3 October 2011
Gambar Lang Empat dari Bloodline Lang yang Tulin..............
Gambar diatas adalah gambar sebelum dimandikan...................
Dan gambar diatas ini pula selepas dua minggu yang telah dimandikan......
Dan gambar diatas ini pula selepas dua minggu yang telah dimandikan......
Gambar gambar ayam Bloodline Yellow Submarin di rumah reban Cikgu Lah
Cikgu Lah memperkenalkan Ssh dengan pembaka rebannya iaitu adik kepada Yellow Submarin dan juga bapa kepada Sri Palas
Satu lagi gambar yang lebih dekat pembaka reban Cikgu Lah yang masih belum diberi nama.......
3 gambar induk di atas adalah induk reban Cikgu Lah yang merupakan anak kepada pembaka diatas dan juga induk yang berasal dari Yah. Untuk pengetahuan anda Ssh sempat membeli anak dari setiap induk diatas yang dikacukan dengan hanya bapa pembaka Cikgu Lah yang merupakan adik kepada Yellow Submarin...................

Cerita Yellow Submarin part 2
Tidak lama selepas Ah Long membeli Submarin datang pula seorang peminat serious dari negeri Kelantan yang bernama Pak Soh untuk membida Submarin ketika Ah Long mempamerkan ayam itu di atas meja pada suatu pagi. Setelah habis tawar menawar akhirnya Submarin telah berjaya di bida oleh Pak Soh dengan harga yang lebih tinggi dan membawanya pulang ke negeri Kelantan. Mengikut cerita sebaik sahaja Pak Soh membawa Submarin pulang ke rumah, dia terus mempertandingkan Submarin pada keesokan hari dan berjaya menjadi juara di sebuah pertandingan di negeri Kelantan. Dan pada ketika itu juga seorang peminat yang bernama Dr Zul sangat mengambil perhatian terhadap Submarin dan terus menawarkan harga yang sangat tinggi untuk mendapatkan Submarin. Dr Zul akhirnya telah membeli Submarin dan dari situ ayam kuning ini dinamakan Yellow Submarin oleh Dr Zul. Dr Zul juga sangat aktif mempertandingkan Submarin dan banyak kejayaan diperolehinya melalui Submarin. Submarin telah berjaya mencuri tumpuan peminat ayam serama di seluruh Malaysia ketika itu. Setelah Dr Zul meninggal dunia, Submarin pun telah dibeli oleh Kuzai group dan akhir seorang peminat dari Negeri Kedah pula membelinya dari Kuzai Group. Itulah cerita Yellow Submarin yang sempat Ssh postkan untuk tatapan anda, diharapkan bloodline ini akan berkembang lebih maju lagi di masa hadapan. Sekian terima kasih!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)