Wednesday 28 September 2011

Gambar Bapa asal kepada Ayam Yellow Submarin..........


Gambar ini adalah gambar kepada bapa Yellow Submarin dan juga bapa kepada semua bloodline Submarin yang ada hari ini kepunyaan Yah dari Terengganu, menurut Pak Syed ayam ini diberi nama Enam Jahanam oleh tuannya, Ssh ingin meminta maaf kerana kualiti gambar kurang jelas dan ini sahaja gambar yang Ssh dapat.

Tuesday 27 September 2011

Cerita Yellow Submarin Part 1

Pada hari raya kelima yang lalu, Ssh dan kawan pergi ke Bandar Alor Setar untuk tujuan mendapatkan baka ayam serama bloodline Yellow Submarin yang tulin setelah mendapat tahu selain dari negeri Terengganu, Negeri Kedahlah yang banyak menyimpan bloodline asal Submarin dan orang pertama yang sempat Ssh bertemu adalah Cikgu Lah (Vistana) yang terkenal dengan ayam submarinnya yang bernama Sri Palas rekod 5x Botb tahun 2011 sebelum ayam ini berpindah ke Indonesia. Apabila tiba dia rumah Cikgu Lah, dia terus memperkenalkan Ssh kepada bapa Sri Palas iaitu juga adik sebapa dan seibu kepada Submarin, menurutnya hanya ada empat ekor ayam yang sebapa dan seibu dengan ayam submarin asal. Tiga daripada adik kandungnya milik peminat dari Kedah termasuk Cikgu Lah dan satu lagi di simpan tuan asal pengasas bloodline Submarin di Terengganu. Ssh sempat mendapat 5 ekor anak ayam dari Cikgu Lah yang juga hanya menyimpan bloodline Submarin dan hanya dua ekor dari bloodline lain untuk tujuan outcross! Selepas itu Cikgu Lah turut membawa Ssh melawat reban kawannya iaitu saudara Wan Jalan Day yang sudah berjaya dengan bloodline Aranya yang tersendiri dan selepas itu juga Ssh sempat melawat seorang otai serama yang bernama Pak Syed. Ketika bertemu Pak Syed, dia telah menceritakan banyak kisah lampau mengenai bloodline Submarin ini, kata Pak Syed pada mulanya, ayam submarin ini hanya ditawarkan dengan harga Rm700 sahaja selepas mendapat tempat ke-2 di sebuah pertandingan di Bandar Sungai Petani oleh pengasasnya iaitu Yah (Zakaria Mohd) yang ingin menjualnya sebelum pulang ke Terengganu tetapi tiada pembeli yang sunggup membelinya ketika itu, akhirnya Pak Syed berjaya mencari seorang pembeli berbangsa cina yang bernama Ah Long yang membayar Rm700 untuk membelinya.  (Akan bersambung ! Untuk pengetahuan anda cerita dan fakta yellow submarin ini hanyalah cerita yang Ssh dengar dari otai serama yang Ssh rasa boleh di percayai dan bukan dari pengasas Bloodline Submarin, jika ada salah silap fakta yang menyingung perasaan  sesetengah pihak Ssh ingin meminta maaf secara terbuka..)

Anak betina Bloodline Lang

Ini adalah gambar adik-adik Lang Empat yang pertama kali dibawa keluar dari rebannya. Nampaknya semua anak-anak Bloodline Lang ini tidak mengecewakan bagi pendapat Ssh.......

Thursday 22 September 2011

Anak Bloodline Lang Ssh




Inilah salah seekor anak Lang Cemeh yang Ssh beli lebih sebulan lalu. Nampaknya hanya seekor jantan dari tiga ekor anak ayam yang Ssh dapat, dua lagi betina agaknya. Anak ayam jantan ini Ssh namakan Lang Empat kerana Ssh adalah orang keempat dari Lang Merah hingga ke anak ayam ini.......

Tuesday 13 September 2011

Lang Perkasa (R.I.P)

Lang Perkasa ini dimiliki oleh abang Khalid dari Melaka. Ayam jantan ini aktif bertanding sejak usia muda lagi dan pernah mendapat johan semenjak anak B lagi. Sayang sekali Lang Perkasa sudah pergi buat selamanya dan yang tinggal hanya gambarnya sahaja!

Lang Kubing

Inilah Lang Kubing milik Dr. Azhar ketika remaja. Salah satu daripada 4 ekor jantan daripada (Lang Merah X Lang Pemaisuri ). Khabarnya Lang Kubing telah menjadi salah seekor bapa untuk kajian Dr. Azhar terhadap ayam serama.

Monday 12 September 2011

Lang Cemeh

Inilah gambar Lang Cemeh yang dimiliki En. Azizi. Walaupun Lang Cemeh hanya pembaka di reban En. Azizi tetapi ia juga berupaya menghasilkan anak-anak ayam yang berkualiti. Antara anak-anak ayam yang terkenal adalah seperti berikut Lang Tepeng, Lang Bagan, Lang Tango dan banyak lagi...

Lang Persona dan Lang Warisan

 Gambar diatas adalah Lang Persona yang dimiliki oleh En.Rahman yang telah mengeluarkan hasil anak yang membanggakan. Antara anak nama besar dalam keturunan (Bloodline) Lang Persona ialah seperti berikut LangPuchong, Lang Setia, Lang Jaguh, Lang Impian (Pembaka sahaja), Lang Sejati, Lang Ara, Lang Bara dan Lang Piero. 
Lang Warisan merupakan adik sebapa dan seibu kepada Lang Persona dan ayam ini juga milik kepunyaan En. Rahman.

Friday 9 September 2011

Lang Merah dan Lang Pemaisuri


Gambar diatas adalah gambar Lang Merah dan Lang Pemaisuri yang merupakan ibu dan bapa kepada segala keturunan (Bloodline) Lang yang ada pada hari ini. Ia juga ibu dan bapa asal Lang Persona, Lang Perkasa, Lang Kubing dan Lang Cemeh.....

Sejarah Baka Ayam Serama Keturunan (Bloodline) Lang

Baka ayam serama keturunan (Bloodline) Lang diasaskan oleh serorang peminat dari Alor Gajah, Melaka yang bernama En. Rahman Bin Yaacob ataupun biasa dengan panggilan Rahman persona. Beliau sebenarnya berasal dari Johor Bahru dan merupakan peminat awal ayam serama di selatan tanah air iaitu ketika zaman kemuncak hobi ayam serama era 90an. Pada tahun 2001, beliau dilantik menjadi bendahari Persatuan Peminat Ayam Serama Negeri Johor (Serama Johor) yang ditubuhkan di Kangkar  Tebrau, Johor Bahru. Serama Johor begitu aktif menjalankan aktiviti bagi peminat ayam serama termasuklah penganjuran pertandingan, khusus pengadilan dan penjagaan kesihatan ayam serama.
   Bloodline Lang ini bermula dengan seekor ayam serama merah (kubing) jantan yang dibeli En. Rahman dari seorang peminat bernama Cikgu Saufi dari Tumpat, Kelantan dan diuruskan oleh sahabat beliau yang bernama Nik Ridwan pada tahun 2006. En. Rahman telah memberikan nama ayam tersebut sebagai Lang Merah setelah melihat mata ayam tersebut seolah-olah mata seekor burung helang, malangnya asal usul keturunan (Bloodline) Lang Merah tidak dapat dipastikan oleh penjualnya. Setelah En. Rahman memperolehi Lang Merah, ia telah melakar banyak kejayaan dalam pertandingan ayam serama sekitar tahun (2006-2008). Peka dengan potensi Lang Merah sebagai bakal stud atau pembaka yang baik suatu hari. En. Rahman terus mula mengacukan Lang Merah dengan beberapa ekor ayam serama betina yang di hasilkannya sendiri dan beberapa ekor lagi ayam  betina keturunan (Bloodline) lain yang dibelinya ketika itu untuk mewarisi kejayaan Lang Merah. Pada awalnya semua anak-anak ayam yang di hasilkan Lang Merah serba tidak menjadi dan boleh di anggap gagal dalam proses mengeluarkan anak Lang Merah yang berkualiti. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya En. Rahman berjaya dengan seekor ayam serama betina yang dikeluarkannya sendiri hasil daripada ayam serama keturunan  (Bloodline) Hussin X Nik Rasihd yang telah melahirkan anak-anak ayam berkualiti pertandingan. Selepas itu ayam serama betina itu terus dinamakan Lang Permaisuri oleh En.Rahman yang gembira dengan anak-anak ayam dihasilkannya.
   Lang Persona, Lang Perkasa, Lang Kubing dan Lang Cemeh adalah anak hasil daripada kacukan (Lang Merah X Lang Permaisuri). En. Rahman hanya menyimpan Lang Persona dan adik-adik betinanya. Adik- beradik jantan kepada Lang Persona iaitu Lang Perkasa, Lang Kubing dan Lang Cemeh telah dijual kepada sahabat - sahabat beliau, Lang Pekasa telah dijual kepada abang Khalid dari Melaka dan banyak kejayaan dicapainya dari ketegori anak B sehingga A, Lang Kubing dijual kepada sahabat lama beliau iaitu Dr. Azhar Kasim (Pengsyarah di UPM Serdang), Lang Kubing khabarnya  dijadikan salah seekor bapa untuk kajian Dr. Azhar terhadap ayam serama, manakala Lang Cemeh telah dijual kepada seorang peminat dari Taiping, Perak iaitu En. Azizi dan ayamnya hanya sekadar pembaka direbannya tetapi telah mengeluarkan beberapa nama besar dalam keturunan (Bloodline) Lang. Lang Pesona pula aktif bertanding dan mengikut jejak bapanya Lang Merah dan telah memenangi beberapa pertadingan di sekitar negara dan antara kejayaan yang paling besarnya ialah menjadi juara antara juara di pertandingan ayam serama Port Dickson, Negeri Sembilan pada tahun 2009. Selepas Lang Merah bersara dari menjadi pembaka  reban En. Rahman, Lang Persona dan Lang Cemah mewarisi kejayaan bapanya untuk mengluarkan anak-anak berkualiti tinggi. Bermula dengan Lang Persona, En.Rahman mengacukannya dengan dengan teknik inbreed bersama betina-betina seibu dan sebapa dengan Lang Persona untuk menghasilkan anak-anak ayam yang mempunyai ciri-ciri tertentu.Selepas itu, anak-anak ayam dihasilkan Lang Persona pula melakar kejayaan dipentas pertandingan sekitar negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Pemilik Lang Cemeh, En. Azizi juga tidak kurang hebatnya dengan membeli anak-anak Lang Persona dan mengacukannya dengan Lang Cemeh juga secara inbreed membawa hasil dengan anak-anak berpotensi tinggi.
   Mengikut sumber cerita-cerita beberapa orang kawan-kawannya dan juga Facebook, Bloodline Lang telah menembusi negara jiran yang sedang rancak dengan minat hobi ayam serama iaitu Indonesia.