Wednesday 24 August 2011

Anak-anak ayam ketika tiba di rumah Ssh!

 Gambar anak-anak ayam yang baru saja tiba di rumah Ssh, dalam gambar kelihatan anak ayam amat takut dan sejuk kerana dalam perjalanan pulang dari Taiping hujan turun amat lebat sekali. Harap anak- anak ayam akan menyesuaikan diri secepat mungkin........
Inilah gambar pada keesokan hari, semuanya sihat dan kuat makan! So legalah sikit hati Ssh.....

Anak-anak ayam dari susur galur Lang yang tulen....

 Gambar di atas ialah gambar pak cik Azmi yang melayan Ssh ketika berkunjung ke rumahnya pada bulan puasa, Memang peramah orangnya dan tidak sombong, puas hati Ssh ambil ayam darinya!!!
Inilah Lang Sutera bersama anak-anaknya yang Ssh beli semuanya. Lang Sutera adalah anak hasil (Lang Persona X Lang Warisan) untuk pengetahuan umum.....

Tuesday 23 August 2011

Ayam dinantikan dah tiba !!!

Setelah Ssh menunggu hampir lebih seminggu, akhirnya Ssh dapat juga anak ayam yang bakal menjadi Stud atau pembaka reban Ssh suatu hari nanti.Anak ayam tersebut adalah dari susur galur darah Lang yang diasaskan oleh saudara Rahman peminat serama yang berasal dari Johor dan kini menetap di Alor Gajah Melaka. Walaupun anak ayam  bloodline Lang ini tidak beli terus dari saudara Rahman, anak ayam ini direcomend oleh saudara Rahman yang menurutnya ayam ini adalah ayam pure dari bloodline Lang hasil inbreeding dari seorang rakan karibnya yang menyimpan bloodline purenya. Anak ayam ini Ssh dapat dari pakcik Azmi dari Taiping. Ssh sempat membeli kesemua tiga ekor anak ayam yang berusia lebih kurang 3 minggu dan jantinanya masih belum diketahui lagi. Dalam post yang akan datang Ssh akan postkan kesemua gambar dari bermulanya ayam pembaka lang merah hingga ke anak ayam yang Ssh dapat dua hari lepas. Ini bertujuan untuk rujukan umum asal ayam-ayam Ssh. Sekian terima kasih!

Tuesday 16 August 2011

Ssh lebih rela menunggu dari ditipu!!!

Haha tengah nego dengan seorang pengasas bloodline yang terkenal masakini tetapi identitinya Ssh rashiakan sehingga Ssh dapat ayam betul-betul dari beliau. Akan Ssh paparkan identiti beliau selepas Ssh dapat bloodline yang pure daripada beliau. Memang susah jika menunggu ! Ssh yakin dengan kesabaran ini Ssh akan dapat apa yang Ssh mahukan...... Ssh lebih rela menunggu dari ditipu....Tujuan Ssh bukan untuk mencari keuntungan dari nama orang cuma nak menganalisa bloodline yang Ssh pegang boleh pergi berapa jauh jika Ssh mengekal teknik inbreeding sebelum outcrossing dalam dunia serama yang baru bagi Ssh.......

Monday 15 August 2011

Komen daripada saudara dialu-alukan!

Ssh akan postkan gambar pembaka asal Ssh sehingga ke setiap generasi yang akan datang, semua bloodline yang diperolehi adalah bloodline yang mempunyai pertalian darah yang terdekat dari adik beradik hingga bapa yang sama ibu berlainan. Selepas mendapatkan bloodline tersebut, kacukan secara inbreed akan di buat di reban Ssh dan jika terdapat kelemahan pada rupa bentuk anak ayam tersebut, teknik outcrossing kepada bloodline lain seawal-awalnya generasi ke-3 dan selepas itu Ssh akan kacuk balik kepada generasi asal untuk mengekalkan ketulenanya. Walaupun teknik ini mengambil masa yang panjang tetapi ia akan menstabilkan induk bloodline dalam reban Ssh.Ssh nak arah tuju bloodline yang di simpan dari kejayaan bloodline tesebut betul betul pureline atau keturunan tulen...